WE'RE TALKING
Assalamualaikum! Thank you korang sudi stalk blog KITA ;) Lovelovess ♥
Our Friendship Stories ❣◕ ‿ ◕❣: January 2013

Wednesday, 30 January 2013

Hargailah erti PERSAHABATAN

Ada pepatah mengatakan bahawa setiap pertemuan ada perpisahan. Bukan kehendak kita tetapi suratan takdir. Hanya kerana perselisihan faham ikatan ukhwah yang terjalin sekian lama terputus dengan sia-sia. Hanya memikirkan perasaan dan hati orang lain, hati sendiri luka dan lara. Hanya kesabaran pengubat segalanya. Pepatah mengatakan MELAYU MUDAH LUPA. Dapat yang baru terus tinggalkan yang lama.

Sahabat, persahabatan bukan barang dagangan yang boleh didagang sesuka hati. Melayu dengan EGO, sudah bersalah, 'maaf' langsung tidak kedengaran. Jika sekarang gembira dengan 'kawan' baru belum tentu menangis bersamanya kerana kawan bukan 'SAHABAT'. Manusia sememangnya dilahirkan dengan perasaan. Jika perasaan terguris, maka berdosalah si pengguris itu. 

Sahabat, layanlah temanmu dengan baik. Minta maaflah sekiranya bersalah, maafkanlah jika orang bersalah dan setialah selalu. Ketawa seseorang itu tidak bermakna dia tidak menangis.
Sahabat, orang yang selalu ketawa di khalayak  ramai itulah orang yang selalu menangis berseorangan. Sahabat, jangan kerana perselisihan dengan seseorang itu, semua orang sekeliling dipersalahkan. Sahabat, janganlah berkawan sekadar untuk kelebihan seseorang dan kekurangannnya dibenci. Percayalah, tiada apa yang sempurna. Kawan bukan barangan lama, apabila diperlukan dicari tetapi apabila tidak diperlukan ditinggalkan berhabuk. Sahabat, janganlah jadi perampas, tetapi jadilah seorang yang suka berkongsi. Sesungguhnya, itu lebih baik. 

Wahai sahabat, setelah nyawa berpisah dengan jasad, segala-galanya sudah terlambat. Tiada apa lagi yang perlu dikesalkan. Selagi hayat di kandung badan, bertaubatlah pada Yang Esa. Hormatilah orang tua, serta guru, sayangilah orang muda, bermaaf-maafanlah dan hargailah erti PERSAHABATAN.


-PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI-



Thanks sudi terjah sini ◕‿◠

 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner