WE'RE TALKING
Assalamualaikum! Thank you korang sudi stalk blog KITA ;) Lovelovess ♥
Our Friendship Stories ❣◕ ‿ ◕❣

Sunday, 25 January 2015

Rindu

In shaa Allah

Assalamualaikum!:D moga sentiasa berada dalam kesihatan yang baik semua,In shaa Allah.


ana tengah cuti sem (eh ana)haha takpe praktik lughoh arab sekali sekale. k sambung balik ana tengah cuti sem jadi duk rumah je. kadang ade jugk mari satu mase tu tak tahu nk buat apa. Tiba-tiba teringat dah lame xbuka blog kita. Sahabat-sahabat semua belajar jauh 3 orang ke selangor, sorang ke kedah, sorang lagi ke perak, 2 ke kemaman, 3 orang je betul2 masih setia dalam terengganu termasuk ana laaaa hehe, alaa setia lah sgt padahal xboleh duk jauh dengan family (al mungkin itu ana haha)

Sekarang kan zaman dah terlalu maju xboleh nak kejor rasa benda terbaru yang keluar skrg tp nak bgtahu sini pasal whatsaap je, saja la pakai ayat kias. Haaa dah bila semua dah ada 'ws' ni mudah la jgk rasa buat group borak-borak dalam tu, hantar-hantar gmbr kan boleh la jgk hilang rindu. Tapi baru ni kuat sangat hadir rasa rindu tu mencengkam jiwa ni (ecehh ayat) haha tu tergerak hati nk buka blog baca yg sebelum2 ni, automatik mulut senyum, ehem senyum rindu eh campur sayang.Kalau ckp pasal kenagan tu banyakkkkkk, tipu la nehi any konflik, eh ayat rojak terus haha tapi tkde la sampai bergaduh, cuma gaduh manja2 tu yela tapi Alhamdulillah dalam2 konflik ada je selit kata2 nasihat. Teringat time asrama, macam2 lah ish. Rindu sangatttt lah.

nak setia senang je terima seadanya dirinya ;) yang penting jangan lupa dirinya dalam doamu pada Rabbmu, Allah.

Moga sahabat2 ana semua sihat wal afiat, stay strong dalam setiap dugaan yang datang dan buat sahabat2 ana yang akan exam this week, midterm nanti ma'ataufiq wannajah buat semua moga yang terbaik buat kalian sayang semua. Figting!! Allah yuftah 'alaikum
tak lupa jgk buat sahabat2 ana sahabat seislam ana moga yang terbaik jgk utk antumna ;)

Ana main update je. Tengok2 gambar lama senyum sedih haha sedih sebab dah xboleh tengok muka2 kita ni hari2 hehe mcm kat sekolah dulu. 



 Rilakuma tu milik fatin je dia saje bwk nak bagi kita2 jeles
(percaya tak tahu sgt la)

baju raya

 zaman sekolah zaman paling lawa

 Kita memang suka makan kek

hah tengok kek lagi, ckp dah..
Ini bukan gadis dan bunga ye, ini gadis dan belon

kita boleh buat novel tebal kateko. haha k


sahabat ini saling menguatkan

Di jalan Allah,
persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang
mengetahui segala rahsia,
Kerana Dia lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua
telah menetapkan ukhuwah ini,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
semuanya kerana Allah,
sungguh,
Bukan kerana selain daripadaNYA

ANA UHIBBUKUM FILLAH 

moga Allah redha, aamiin In shaa Allah

سعادة



Thanks sudi terjah sini ◕‿◠

Wednesday, 21 May 2014

Jamuan Perpisahan

Assalamualaikum.Sihat semua? Alhamdulillah, semua sihat. ehh mcm la boleh dgr korang jwb. hihii. rase mcm rindu je nak update blog. kebetulan plak tgh main laptop sambil layan makan tauhu ni baik update je terus blog ni heee. btw, back to the tittle, jamua perpisahan. actually bukan jamuan perpisahan tu bermakna kitorg dah tak jumpe langsung. cume, yelah masing2 dah nak sambung belajar. jadi susah la sikit nak jumpe lepas ni huhuu. no no nooo bukan time nak sedih2 k. in shaa Allah, ade mase kite kumpul same2 lagi ye (>‿◠)✌

 So, macam biase lah update gambar weheeee. gambar 
AB post random k. 

Gambar kitorg ambik dkt Pantai Kuala Ibai, Masjid Terapung, Trg; 13hb Mei 2014 bersamaan birthday girl, Natasha Ali. Happy birthday budak cute haha 
乂◕‿◕乂
ALL PICTURES CREDIT TO OUR PHOTOGRAPHER, Harith.













































Gambar selebihnye tak nak upload lah. tak larat den T.T pape pun, mohon maaf atas silap salah kalo ade yang tak suke AB upload gmbr mane2 tu ea. kalo ade yg tak suke, bgtau balik. Andddddd, sape2 yang tgh cari photographer utk sebarang event, boleh la contact sendiri Harith.

p/s; cursor korg tu, pi la kat name Harith anddd tekan kat nama tu baru la boleh buke instagram dia. pastu pndai2 la korg cntc dia. tak pun, tweet je kat AB k. in shaa Allah, AB tlg korg cntc dgn si photographer Harith ni.
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Mereka ibarat berlian yang terbenam di darsar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terselah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggungjawab. Sama bergembira di waktu senang, membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan. Semoga Allah meredhai pertemuan dan perpisahan kita.


Salam sayanggg, AB  







Thanks sudi terjah sini ◕‿◠

Monday, 5 May 2014

✿ Dari jauh penuh keikhlasan dan rindu ✿

Assalamualaikum semua!ehemm ehemm, semua sihat? rindu plak nak update blog sobsobbb.thanks to najlaa sebab dah aktifkan balik blog ni. kalo tak mesti semua dah lupekan blog ni mcm najlaa ckp blog ni berhabuk bersawang semua. bersawang.....? bersawang ke bersarang? hahahahah. k najlaa gurau2 ^^ok ok, lepas ni in shaa Allah, semua akan update blog pasni. in shaa Allah, bukan janji k. beza 2 tu hee :)

Back to the tittle,
DARI JAUH PENUH KEIHKLASAN DAN RINDU.ni bukan jiwang cintan cintun bro! ni nak jiwang tentang persahabatan. tak salah kan? ;)tak nak ckp banyak la. nak post gambar bebanyak gituuu hihii. 

p/s; sorry syg2 AB sekalian, AB post gambar random je ni. hihii k sayang rindu semuaaa
muahhh muahh :* 








sengaja dikaburkan hee kbaiii

bila mendekat, kita buat tak tak tahu.. bila menjauh, hati mula rasa sesuatu.. itulah jawapan sebuah rindu...
Ya Allah..
sampaikan rinduku pada mereka yang aku rindui..
titipkan kasihku pada mereka yang aku kasihi..
hadirkan sayangku pada mereka yang aku aku sayangi..
ukirkan cintaku pada mereka yang aku cintai..

dalam diam itu aku doakan kamu..
meski ada diantara mereka mereka yang tidak pernah tahu..
aku lebih selesa begitu..


p/s: tumpang promote jap! sesape yang nak beli wideshawl plain or crumple wideshawl
boleh la singgah instashop ni @sweetwideshawlrm15. ok lah. fi hifzillah, assalamualaikum!

Salam sayang & rindu, AB  

Thanks sudi terjah sini ◕‿◠

 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner