WE'RE TALKING
Assalamualaikum! Thank you korang sudi stalk blog KITA ;) Lovelovess ♥
Our Friendship Stories ❣◕ ‿ ◕❣: 2013

Sunday, 23 June 2013

 Only post the picture

AFIQA BASYIRAH AZMI


NATASHA ALI

Dah lame tak update blog nie pun update tergesa-gesa . Nak ucap happy belated bufday baby2 sekalian . Any picture ? lain kali hokayy . bye XD


Thanks sudi terjah sini ◕‿◠

Monday, 29 April 2013

Asslamualaikum

Hey ! hai ! :))
Rindu nak update blog , tapi takde idea .Langsung takde ! zero ! 
Buat kerja jahat , copy2 ayat pak cik google , curi gambar2 pak cik google XD
Maafkan saya , pak cik . Time nie , pak cik je boleh tolong saya . Takpe , pak cik buat baik dapat balasan baik ><
Nah tengok KITA jumpe ape kat pak cik google 

YOU KNOW "WHAT IS A FRIEND' ?
yaaa, i really know about my friend :))
*sendiri tanya sendiri jawab*






























Ahaha ! nie fakta hokayy :3
 lelaki memang macam nie .
 Bajet macho ler tuuu

Nie semua hasil curian dari pak cik google :P Dah mintak permision jadi bukan curi yer , jadi kite tukar istilah 'ambik' sebab curi tu bunyi dia macam kasar je.

This :))
For someone :')
Untuk 'KITA' jangan pernah buat saya macam nie yer ,
Biarlah sorang yang pergi jangan semua sebab saya memang tak mampu hidup tanpa sahabat.
Tanpa awak semua ,tak mungkin saya kenal erti SAHABAT 
Awak semua ajar saya macam2 ,tak rugi pun kenal awak semua.
Sayang awak2 







Bersahabatlah kerana ALLAH,pasti indah perhubungan itu. Bersahabat juga tidak terlepas daripada berselisih faham, kita lah yang harus bijak menangani masalah itu. Jangan sampai terputus silaturrahim ini. Sahabat, maafkanlah setiap kesalahan sahabat-sahabatmu. Memohon maaf terlebih dahulu bukan bererti kita kalah atau salah tapi demi menjernihkan keadaan,tidak salah kan kalau kita tolak ego kita ketepi?
Thanks sudi terjah sini ◕‿◠

Wednesday, 24 April 2013

Kiriman doa buat sahabat tersayang

Ya Allah

sentuhlah hati sahabatku ini disaat dia jauh dariMu,
peluklah hati sahabatku ini disaat dia mencintai sesiapa melebihi cinta kepadaMu,
peliharalah imannya di sepanjang perjalanan waktu,
kerana Engkaulah sebaik baik pelindung baginya,
moga dirinya sentiasa dibawah naungan kasih sayangMu,
Ya Rabbal 'Alamin..


Cross Country day, 17th Jan 13.

"...susah mahupun senang...dia sentiasa hadir menemani...menangis dan tertawa, dia pun turut merasa...itulah nilai seorang sahabat...jika kita merasa sepi dan sunyi...ingatlah, Allah sentiasa ade di hati...kerna itu Dia menghantar teman sejati, penghibur di perjalanan hari..."
p/s: Alhamdulillah, dapat jugak update blog untuk kali ke-2 :) 

Lots of Love, AB  

Thanks sudi terjah sini ◕‿◠

Sunday, 7 April 2013

Our first outing 2013


                                  Assalamualaikum :D
Ini adalah outing pertama kami tahun 2013 , see ? nampak kan kat situ yang #KITA buzy sangat2 . Kelas padat giler , kita orang memang tak sempat langsung nak update2 nie sume. Homework berlambak macam gunung Kinabalu ko -,- K, kami tahu , kami pelajar SPM . Budak SPM memang sume sibuk macam kami sume ea ? #soalan mintak kaki mungkin

Tapi camne sibuk pun, kami tetap ade mase nak outing okayy !  walaupun arrange saat akhir tapi plan kami jadi sangat2.Tak outing jauh pun , libray je . Sebab kami budak SPM lah kami pilih tempat yang paling ohsem nie untuk berjumpe :D
Tasha -,-


Eyqa



Tasha ajar Memah math :D





Plan awal2 memang lah nak study macam2 tapi bile dah berkumpul ramai2 tak mungkin kan kita dapat study dengan tenteram ? so , math je lah sempat kita bincang mana tak paham tu pun sekejab je sebab perut kita orang dah siap dangdut nie . Haishh -,-

Pastu kita pun pergilah cari mana2 restoran yang berkenan kat dalam giant tu and last kita nampak RASAMAS je tak full .Rasamas pun rasamas lah , asal perut yang asyik dok nyanyi nie boleh senyap .


Semua berebut nak ambik gambar makanan yang kami order nie .kononnya nak upload and tulislah caption padahal tak pun =='









Membazir adalah amalan syaitan




#kita jumpe budak kecik nie :D 



Die malu mase #kita dok puji die makin cute




Thats all,heee :D sebenarnye kat sini takde fatin and aja.
#memah,najla,fara,fqah,eyqa,tasha


-Najlaa-    

Thanks sudi terjah sini ◕‿◠

Sunday, 3 February 2013

Hey friends. Between us :)

                                                             

Wahai saudara-saudaraku, bagaimana ingin kita bersatu menguatkan persaudaraan keislaman kita jika persahabatan diantara kita masih goyah.

Wahai saudara-saudaraku, bagaimana ingin kita bersatu menaikkan syiar islam diseluruh dunia jika keikhlasan tiada didalam persahabatan.

Wahai saudara-saudaraku, bagaimana ingin kita bersatu didalam melemahkan musuh-musuh islam jika tiada persefahaman dan tolak ansur didalam persahabatan kita.

Wahai saudara-saudaraku, ikatlah persahabatan diantara kita dengan keimanan kerana ALLAH, maka dari situ terbitlah bibit-bibit kemanisan didalam persahabatan dan kekuatan Ummah.
Ramai yang mengomel mengatakan di zaman yang serba moden ini, tiada manusia yang 
ikhlas lagi dalam bersahabat, ramai yang menikam dari belakang...

Wahai saudara-saudaraku, bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud..."ketahuilah..sesiapa yang mengatakan sesuatu kepada seseorang itu dengan sesuatu keburukan, maka keburukan itu kembali kepadanya...."

Sedarilah wahai sesiapa yang yang ragu-ragu dalam bersahabat....
jika kita ingin dihormati, maka hormatilah orang lain terlebih dahulu..
jika kita ingin disayangi, maka sayangilah orang lain terlebih dahulu...
jika kita ingin dipercayai, maka percayailah orang lain terlebih dahulu...
begitulah juga jika kita tidak mahu di khianati, maka jangan lah kita khianati orang..
jika kita tidak mahu diherdik maka janganlah kita mengherdik orang...

ALLAH menjadikan dunia ini sempurna dan adil....keseimbangan terdapat didalam segala sesuatu..berfikirlah wahai saudara-saudaraku...PERSAHABATAN YANG BAIK itu dimulai dengan DIRI sendiri dahulu di sertakan bersama KEIMANAN yang diniatkan kerana ALLAH,
Ingatlah...PERSAHABATAN ANTARA SAUDARA SEISLAM adalah ranting-ranting pokok kepada perpaduan UMMAH.....
Ya ALLAH. satukanlah hati-hati kami didalam bersahabat keranaMU ya ALLAH....
Ya ALLAH. jadikanlah persahabatan kami ini berguna dan diredhaiMU ya ALLAH...
Ya ALLAH. jadikalah persahabatan diantara kami ini adalah keranaMU ya ALLAH...
Ya ALLAh.jadikanlah persahabatan kami ini seperti mana nya persahabatan di antara Rasulullah dan saidina Abu Bakar 
❣◕ ‿ ◕❣

Ameen ameen. Ya RABB, perkenankanlah


            THE TRUTH IS ^^

By ~  سعادة


Thanks sudi terjah sini ◕‿◠

Wednesday, 30 January 2013

Hargailah erti PERSAHABATAN

Ada pepatah mengatakan bahawa setiap pertemuan ada perpisahan. Bukan kehendak kita tetapi suratan takdir. Hanya kerana perselisihan faham ikatan ukhwah yang terjalin sekian lama terputus dengan sia-sia. Hanya memikirkan perasaan dan hati orang lain, hati sendiri luka dan lara. Hanya kesabaran pengubat segalanya. Pepatah mengatakan MELAYU MUDAH LUPA. Dapat yang baru terus tinggalkan yang lama.

Sahabat, persahabatan bukan barang dagangan yang boleh didagang sesuka hati. Melayu dengan EGO, sudah bersalah, 'maaf' langsung tidak kedengaran. Jika sekarang gembira dengan 'kawan' baru belum tentu menangis bersamanya kerana kawan bukan 'SAHABAT'. Manusia sememangnya dilahirkan dengan perasaan. Jika perasaan terguris, maka berdosalah si pengguris itu. 

Sahabat, layanlah temanmu dengan baik. Minta maaflah sekiranya bersalah, maafkanlah jika orang bersalah dan setialah selalu. Ketawa seseorang itu tidak bermakna dia tidak menangis.
Sahabat, orang yang selalu ketawa di khalayak  ramai itulah orang yang selalu menangis berseorangan. Sahabat, jangan kerana perselisihan dengan seseorang itu, semua orang sekeliling dipersalahkan. Sahabat, janganlah berkawan sekadar untuk kelebihan seseorang dan kekurangannnya dibenci. Percayalah, tiada apa yang sempurna. Kawan bukan barangan lama, apabila diperlukan dicari tetapi apabila tidak diperlukan ditinggalkan berhabuk. Sahabat, janganlah jadi perampas, tetapi jadilah seorang yang suka berkongsi. Sesungguhnya, itu lebih baik. 

Wahai sahabat, setelah nyawa berpisah dengan jasad, segala-galanya sudah terlambat. Tiada apa lagi yang perlu dikesalkan. Selagi hayat di kandung badan, bertaubatlah pada Yang Esa. Hormatilah orang tua, serta guru, sayangilah orang muda, bermaaf-maafanlah dan hargailah erti PERSAHABATAN.


-PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI-



Thanks sudi terjah sini ◕‿◠

 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner